(BANIN)ALBUM SUMMER

ALBUM SEPANJANG MUSIM LIGA PIALA SABAH(SUMMER) 2011

 'Kita boleh'. Dirza meraikan Abir selepas berjaya menjaringkan gol pertamanya bersama Alatul Syimal FC. Dirza menjaringakn 2 gol pada perlawanan ini. Imam(baju ungu dalam gambar), mampukah beliau menjadi penjaring terbanyak pada kejohanan kali ini???

 Apip(onji FC) berpusing2 mempertahankan bola mematahkan serangan Duwayqah FC.

 Gerakan emas oleh Awang selaku tunjang Onji FC, berjaya meloloskan diri dari dua pertahanan Duwayqah FC, sebelum mudah me50senkan Ali, penjaga gawang Duwayqah FC.
Awang yang kini berada dalam keadaan terbaik akan berjumpa Tamhidi FC esok.Awani~

 Penjaring terbanyak 88 Fc, Imam diasak hebat oleh dua pemain Tamhidi FC. Mampukah beliau mengejar Razee dan Gajah untuk menjadi penjaring terbanyak?

 Khalid(Zagazik 1 FC) terpaksa akur dengan jaringan tajam oleh Abir(alatul Syimal fc). Menurut Khalid, 'Keeper bukan bidangku' melepas tangan atas bolos tersebut.

 Kehilangan yang di nanti, Haiyee(Onji FC) membuat kemunculan pertama dan berjaya menjaringkan 2 gol. menjadikan serangan Onji FC lebih berbisa

 Onji FC sedang berada di tahap terbaik permainan, bersedia untuk berjumpa dengan Tamhidi FC. Lassa(Onji FC), sedang membuat tendangan 'L'(gambar)

 Apip(Onji FC), merupakan penjaga gol ke-2 selepas Zikri yang berjaya menjaringkan gol

 Ismail atau nama manjanya Bad, selaku penggerak pasukan Duwayqah FC terus di hantui kekalahan. Esok merupakan peluang mereka untuk bangkit mencari kembali mata yang hilang

 Razee(Alatul Syimal FC) mengganas menjaringkan gol ke-11, menjadikan beliau selesa berada di kedudukan tertinggi senarai penjaring gol. Gaya Pencak silat Naga Gua Hitam(dalam Gambar)

 Imam(88 FC) menambah nasi, menyamakan kedudukan memunahkan sedikit harapan Tamhidi FC

 Suhaili(Zagazik 2 FC) berjaya menyamakan kedudukan, sekaligus menjaringkan gol pertama bagi Zagazik 2 FC.

 Jawa menjaringkan gol dengan mudah bagi memastikan mereka menang, menundukkan Tamhidi FC 6-1. Adakah Tamhidi FC akan berjaya menebus kembali kekalahan mereka pada pagi tadi??

 Hanya mampu melihat. Selepas bola bergolek ke dalam gawang. Kamal(Tamhidi FC) akan berusaha esok bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali dalam pertembungan dengan Onji FC

 Cubaan yang mengancam oleh Hadi(Zagazik 2 FC), namun d selamtkan oleh Pakok(alatul Syimal FC). Terpancar jelas kekecewaan di wajahnya(Gambar ke4)

 Gajah(zagazik 1 FC) berjaya memecah kebuntuan selepas kemarau gol yang melanda beliau.' Tidak semena-mena hujan turun di siang hari, sangkakan panas hingga ke..........'katanya tidak sangup menghabiskan kata2nya kerana terlalu gembira dengan gol pertamanya sepanjang kejohanan.

 Menari gembira selepas berjaya 'membaham' Tamhidi FC pada perlawanan pagi tadi.Jawa(88 FC) akan terus berusaha memastikan kemenangan tanpa kalah pasukannya dalam kempen musim ini. Beliau sedang melakukan tarian singa, selepas sesi latihan dengan guru singa mereka.

 'saya akan memastikan perlawanan esok menjadi batu loncatan agar saya dapat mengejar jaringan Razee(Alatul Syimal FC), Mari Alatul Syimal!!!' kata Gajah(Zagazik 1 FC) dalam pertembungan mereka dengan Alatul Syimal esoknya.Beliau juga yakin dapat menjaringkan 10 gol esok.Bernama~

Gol ke-2 di jaringkan oleh Jawa(88 FC) membuatkan Rafik(tamhidi FC) kecundang. Nampaknya Tamhidi FC tidak mempamerkan aksi 'Lycanthrope' dalam perlawanan ini.

Zikri(Alatul Syimal FC) berjaya menembusi 2 pemain Zagazik 2 FC membuatkan beliau selesa menjaringkan 4 gol setakat ini

88 FC sedang berusaha memastikan kejuaraan milik mereka. Dengan adanya 'barathrum' dalam pasukan ini(dua dari kanan), maka kejuaraan adalah tidak mustahil bagi mereka


Terus di hantui kemarau gol. Khalid(Zagazik 2 FC) gagal menyempurnakan peluang keemasan bertemu dengan Duwayqah FC.Adakah dia akan terus kekal bermain bersama Zagazik 2 FC dalam musim hadapan?? 

Bersahaja membelakangi gawang pasukan lawan setelah menjaringkan 2 gol menentang Duwayqah FC, Afiq(Zagazik 2 FC) kurang menyerlah bermain dalam pasukan ini. Khabar angin mengakatan beliau akan berpindah ke paukan Zagazik 1 pada musim hadapan setelah menamatkan kempen musim ini dalam kekecewaan .

Zul, penjaga gawang Duwayqah FC terduduk apabila melihat pasukannya dibenam oleh zagazik 2 dalam pertemuan tadi.Duwayqah mesti mencari sentuhan baru dalam musim hadapan bagi memastikan kecemerlangan pasukan.

Azwan(Duwayqah FC) tenang mencari gol penyamaan bertemu dengan Zagazik 2 FC tadi namun gagal.Dikatakan duwayqah FC berminat mencari gandingannya untuk menajamkan lagi serangan pasukan ini.

Awang dan Lassa(Onji FC) berjaya menembusi penjaga gawang Tamhidi FC, Mac dalam pertemuan tadi. Onji FC membenam Tamhidi FC 3-2.

Budi(Tamhidi FC) berjaya mendekatkan jurang gol keatas Onji FC. Dia akan terus bermain bersama Tamhidi FC dalam musim hadapan dengan sentuhan yang lebih tajam bersama Faiz. 

Abir(Alatul syimal FC) tenang meloloskan diri dari asakan ketat Karl(Zagazik 1 FC) dalam pertemuan tadi. Karl melakukan teknik kuncian sambil menggeletek katiak. Alatul Syimal menang tipis 2-0, menamatkan kempen musim ini dalam tempat       ke-2 liga di belakang 88 FC.

Bean(Zagazik 1 FC) menamatkan musim dengan cemerlang apabila dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik. Banyak cubaan merbahaya yang di selamatkan oleh beliau menjadikan pasukan yang paling kurang bolos dengan hanya memiliki 7 bolos.Tahniah di ucapkan.

Razee(Alatul Syimal FC) kurang menyengat pada perlawanan terakhir bertemu Zagazik 1 FC setelah dikawal rapi oleh Karl membuatkan beliau gagal menambah gol untuk selesa berada di kedudukan teratas senarai penjaring terbanyak.Beliau berjaya mendapatkan anugerah penjaring terbanyak berkongsi 11 gol dengan Imam(88 FC)

Khalid menamatkan musim kali ini dengan hambar. Dibelenggu dengan perestasi yang kurang berbisa. Beliau di khabarkan berminat untuk berpindah ke Duwayqah FC musim hadapan setelah permohonan kenaikan gajinya di tolak oleh Zagazik 2 FC. 

Bersemuka dengan bakal sepasukan,  Khalid(Zagazik 2 FC)  di ragui oleh pasukannya sendiri setelah gagal menyempurnakan peluang.

Loy(Zagazik 1 FC) optimis untuk memberi lebih saingan dalam musim hadapan. Penambahan gajinya juga di katakan telah di persetujui oleh pemilik 70% saham Zagazik 1 FC. Beliau juga ternanti2 gandingan barunya untuk membantu jentera serangan pada musim hadapan. Dikatakan Zagazik 1 FC sedang mengintai Afiq dari Zagazik 2 FC.

Amri membuka gol pada perlawanan bertemu Tamhidi FC. Tamhidi FC menamatkan musim dengan kekecewaan setelah kalah bertemu dengan Onji FC dan Budi gagal membuka ulti menjadi 'lycanthrope'.

Gembira, setelah Afif(Onji FC) menjaringakn gol ke-2 sebagai penjaga gol.

'kami tidak mendengar apa2 tentang perpindahan Khalid(Zagazik2 FC) ke dalam pasukan kami' kata Bad selaku kapten Duwayqah FC.Beliau yang bagai tidak berminat dengan khidmat Khalid kedalam pasukannya menyambung 'Jika harganya sesuai dengan perestasinya maka boleh di pertimbangkan'.Bernama~

Mac(Tamhidi FC) kecewa selepas membuat kesilapan memegang bola di luar kotak penalti menyebabkan Onji FC berjaya menjaringkan gol, seterusnya mencuri 3 mata untuk berada dalam kedudukan ke-4 liga.

Selesa di hadapan setelah menjaringkan gol, 88 FC terus mengukuhkan kedudukan setelah membenam Onji FC dalam perlawanan terakhir mereka. 88 Fc menang 3-1. ESPN sport~

Pertemuan sengit Alatul Syimal Bah bertemu Zagazik 1 FC.2-0

Zikri jentera tengah Alatul Syimal FC tenang menewaskan Bean(Zagazik1 FC)

Haiyee kemas menyempurnakan gol pembukaan dalam pertemuan dengan 88 FC. Sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, 88 FC membenam mereka dengan jaringan 'hatrick' oleh Jawa.

Rapiq berusaha keras mengekang kemaraan Onji FC yang ternyata berbisa.

Zikri dan Razee kecewa setelah gerakan cantik mereka berjaya dipatahkn oleh Bean(penjaga terbaik musim ini)

Seribu satu penghargaan kepada Basit. Selaku pengadil tercontoh. Sentiasa tegas dengan keputusan beliau.

'Legend' turun padang memeriahkan suasana. Aksi pertama selepas kecederaan  ketika beraksi untuk pasukan Sabah dalam Piala Malaysia.

Haiyee cuba mengelecek pertahan 88FC.

'Saya masih tidak tahu tentang masa depan saya dalam pasukan Zagazik 2 FC,' komen Khalid(Zagazik 2 FC) setelah  gagal memperbaharui kontraknya dengan Zagazik 2 FC atas kehambaran perestasinya. ' Mungkin saya akan mencuba gandingan baru dengan kapten pasukan Duwayqah FC, jika perpindahan saya menjadi', katanya selepas hambar dalam pasukan Zagazik 2 FC. Le;ihatan Khalid terbaring(dalam gambar)

Apik berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan bertemu  Duwayqah FC. Memastikan Zagazik 2 FC tidak berada di tangga tercorot liga.

Afnan melakukan asakan keras keatas Pakok.

Kredit kepada Karl atas sumbangan gambar.

Scissoor king(Onji FC) mencium lantai selepas diasak keras oleh Ejump(88 FC) dalam perlawanan terakhir mereka tadi petang.

88 FC berjaya memenangi liga pada musim ini. Berjaya mengumpul 18 mata sekaligus mencatatkan rekod menang tanpa kalah. Tahniah diucapkan.

Paiji diraikan oleh rakan sepasukan. Dikhabarkan sambutan kemenangan mereka akan berlarutan hinnga kesubuh. Jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka.

Ejump diapit oleh 3 org pemain Zagazik 2 FC dalam pertemuan y penuh drama pada pagi tadi.

Gembira setelah menjaringkan gol. Khalid dikaitkan kuat dengan  khabar untuk keluar dari Zagazik 2 FC.

Ejump bermain dengan cemerlang pada musim ini membawa 88 FC menjulang piala. Gandingannya dengan Imam berjaya membuatkan serangan yang berbisa. Kehilangan Imam pada musim hadapan perlu di isi. Gajah(Zagazik 1 FC) di katakan berminat untuk menyertai 88 FC mengisi kekosongan tersebut.

Imam menjaringkan gol menamatkan msuim dengan cemerlang, menjadikan beliau berkongsi 11 jaringan dengan Razi(Alatul syimal FC) selaku penjaring terbanyak. Namun ini merupakan musim terakhir beliau sebelum bersara. 88 FC perlu mencari pengganti beliau pada musim hadapan.

Kecewa dengan perestasi pasukan. Afiq(Zagazik 2 FC) dikaitkan dengan isu perpindahan ke Zagazik 1 FC.  Khabar angin mengatakan bahawa pemilik 70% saham Zagazik 1 FC sedia membeli beliau dengan bayaran perpindahan yang di rahsiakan. Zagazik 2 FC sedia melepaskan beliau jika bayarannya sesuai.

Kamal(Tamhidi FC) berjaya menjaringkan gol, segaligus menjadikan beliau org pertama menjaringkan gol tanduk dalam musim ini.

Lucio(Alatul Syimal FC) masih trauma dengan 4 bolos terhadap Tamhidi FC.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Liga Piala Sabah(summer) 2011. Sabah Boleh!!

 ALBUM PENUTUPAN LIGA PIALA SABAH(summer) 2011

PENGADIL TERCONTOH
Basit menerima anugerah Pengadil Tercontoh atas keterampilan dan komitmennya mengadili perlawanan. Tahniah diucapkan dan semoga terus maju dalam arena pengadil bole sepak..hehehe

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN
Razee merupakan tunjang pasukan Alatul Syimal Bah FC, menjaringkan 11 gol untuk membantu pasukannya mendapat tempat ke-2 dalam musim ini sebelum bersara pada musim hadapan. Mendapat 6 undian untuk menobatkan beliau sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. Tahniah kerana berjaya meraih anugerah sebelum berundur dalam arena bola sepak mesir.

PENJARING TERBANYAK
Imam(88 FC) dan Razee(Alatul Syimal Bah) masing-masing menjaringkan 11 gol dalam musim ini. Menjadikan mereka berkongsi anugerah sebagai penjaring terbanyak. Kedua-duanya menamatkan kempen dengan cemerlang sebelum keduanya bersara pada musim hadapan. Tahniah.

PENJAGA GOL TERBAIK
Bean(Zagazik 1 FC) dianugerahkan penjaga gol terbaik selepas menang  4 undian. Beraksi dengan cemerlang sepanjang musim dan berjaya menyelamatkan beberapa bola penting.Tahniah kerana berjaya menjadikan pasukan Zagazik 1 FC sebagai pasukan yang paling sikit bolos(7 bolos).

JUARA LIGA PIALA SABAH(88 FC)
88 FC telah muncul sebagai juara selepas membaham kesemua pasukan menjadikan mereka memegang rekod menang tanpa kalah dalam musim ini. Menjaringkan 27 gol untuk musim ini. Atas kejayaan ini juga Azam Frozen Chicken juga telah sah membeli 90% saham mereka dan mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli pemain menggantikan tempat Imam.'sekiranya kekosongan striker tidak ada penggati kami akan megisi kekosongan tersebut dgn pemain pertahanan' respon Ijump atas kehilangan Imam.'88fc berkemungkinan melakukan rombakan besar disebabkan dan menantikan drogbafender kembali dari tanah airnya' tambahnya lagi. Tahniah di ucapkan atas kejayaan pasukan ini...Keep it up!!!hehehe

TEMPAT KE-2(ALATUL SYIMAL FC)
4 menang 2 kalah, Alatul Syimal Bah meraih tempat ke-2 dengan payah tanpa khidmat penjaga gol yang hebat. Menjaringkan  25 gol musim ini dengan  Razee 11 gol. Dikhabarkan Commetra Travel  Services berminat membeli kesemua saham pasukan dengan belanja yang besar. Mengenai pengganti Razee yang akan bersara musim hadapan, Commetra Travel Services sanggup berbelanja besar untuk membeli seorang penjaga gol ke dalam pasukan(nama dirahsiakan buat sementara waktu) untuk mengukuhkan pertahanan. Semoga pasukan ini berjaya mencapai matlamat yang lebih tinggi

TEMPAT KE-3(TAMHIDI FC)
Tamhidi FC memulakan musim dengan cemerlang dengan 4 perlawanan tanpa kalah. Memegang slogan 'hanya 88 FC lawan kami', mereka hilang mata apabila dibenam oleh 88 FC 6-1 dan kalah kepada Onji FC memberi laluan kepada Alatul Syimal Bah FC memotong di tempat ke-2. Pasukan ini dikaitkan kuat dengan pembubaran dan penubuhan 91 FC, Zaid dikatakan akan diserap kedalam skuad. Apapun tahniah atas usaha yang tidak pernah putus.....hehehe

TEMPAT KE-4(Onji FC)
Mereka memulakan musim dengan hambar apabila kalah 2 perlawanan di awal musim, mereka 'mengamuk' bagi mengejar kembali mata yang hilang. Atas usaha gigih Awang selaku ketua pasukan dan me'loan' Syamir,  mereka berjaya meraih kemenangan dan memungut mata menjadikan mereka berada di tempat ke-4. Dikatakan tahun depan Josep Guardiola akan terus melatih Onji FC dan akan mengekalkan skuad dan mungkin akan mencari pengganti Puyol(Abg Jai) dan berazam memantapkan AMF. Tahniah diucapkan.


TEMPAT KE-5(Zagazik 1 FC)
Gembira berada di tempat ke-5 mereka mempunyai pertahanan yang kuat dan penjaga gawang yang cemerlang  dengan mengekalkan bolos paling sedikit(7 bolos). Zagazik 1 FC terus berusaha untuk menguatkan serangan mancari gandingan Loi. Dikatakan pemegang saham mereka(nama terpaksa dirahsiakan) mengeluarkan bajet  besar untuk mengambil khidmat Afiq dari Zagazik 2 FC dan rundingan sedang dijalankan. Mereka juga terasa berat melepaskan khidmat Gajah yang berazam beraksi dalam pasukan 88 FC jika rundingan oleh agen Gajah berjaya.Bernama~. Tahniah atas usaha dan selamat maju jaya...

TEMPAT KE-6(Zagazik 2 FC)
Usaha keras mereka tidak membuahkan hasil apabila Khalid(tengah) gagal memberi sebarang impak dalam jentera serangan menjadikan mereka berada di tempat ke-6. Diburukan lagi dengan khabar angin permohonan perpindahan Khalid ke Duwayqah FC setelah permohonan kenaikan gajinya di tolak dan pemergian Afiq ke zagazik 1 FC, mereka terpaksa akur dan redha namun perjuangan harus diteruskan. Apapun tahniah atas usaha keras pasukan....Bernama~

TEMPAT KE-7(Duwayqah FC)
Mereka berusaha keras sepanjang musim dan kurang mendapat bisa. Mungkin mereka perlukan sedikit  penambahan bagi menguatkan jentera serangan. Justin Ganai sedia menyediakan khidmat jurulatih namun Murinho dikatakan keras mahu kekal di Duwayqah FC. Adakah mereka akan menerima kemasukan Khalid kedalam pasukan??Terpulang dengan bajet dan perestasinya. Tahniah atas usaha pasukan ini dan semoga berjaya di masa hadapan

Djouru dengan hadiah...hehehe..
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA, SEMOGA BOLA SEPAK AKAN MENJALINKAN UKHUWAH ANTARA PELAJAR SABAH DI MESIR...JUMPA LAGI MUSIM DEPAN.....
SABAH CEMERLANG OH SABAH GEMILANG....HUHA!!!!!meeooowww~